Assalamualaikum and a very fine day to all the readers
As all for you (maybe some you) knows that I just get back from my BELOVED hostel :)
Okay then selepas di tolak tambah , ada lebih kurang 19 Fasal untuk dibentangkan dalam post kali ini setelah 5 minggu saya tidak pulak ke rumah , ya lima minggu atau lebih dikenali sebagai 5 weeks. Percaya lah , okay?
1. Puasa ganti dah habis
Ni pun nak cerita ? Eh sukahati lah nanti mana tahu esok-2 terlupa ke boleh baca balik blog ni ha. Kan ? First time dalam life ganti puasa masa bulan syawal. Kalau tak duduk asrama ni memang harapan lah. Untung duduk asrama ni rohani terjaga, hari-2 ada orang tazkirah. Untung lah kan ni? Kat asrama tu semuanya aman bahagia bila takda orang buat masalah, ikut peraturan. Fikir positif. Faham each other. Than kalau macam tu duduk asrama tak balik-2 pun tak kisah.
2. Locker dah kosong
Yeameh , ini juga harus diceritakan. Setelah 5 beg gedabak disingkirkan dari dorm, locker pun kosong. Berita gembira, 10 orang pun dah boleh muat balik dalam locker tu selepas dikemas-2 haha lol k tak lawak. Baru lah tak semak mata selepas semua buku dibawa pulang ke rumah. Lepas ni pening lah tak tahu nak letak mana dah buku-2 tu.
Some dah jual , some simpan. Kenangan HAHA. Bagi kat jiran je lah, ilmu kena share, simpan sorang-2 buat apa kaaann ?
3. Makan, tido, baca novel
Aktiviti famous selepas PMR. Mula lah nak banyak makan sebab stress sebab tak tahu nak buat apa lepas PMR. Life masa PMR lagi bahagia kot rasanya. Lepas je habis PMR lagi bertambah pening sebab time ni nak mula kena fikir future yang dulu masalah ni tak pernah sikit pun nak ambik port dalam kepala otak saya. Mula lah lepas tu kepala pening lepas tu tidur sebab terlalu banyak fikir (ye lah tu). Banyak gila tidur kot. Sebab dah memang takde benda sangat nak buat. Buat lah aktiviti yang best dan best dan best.
4. 5 minggu
5 minggu kat asrama amat terasa lambatnya waktu berjalan, rindu sangat kat rumah and adik-2 dan katil waaa. Katil besar baru syok nak tidur. Ngeh ngeh. And mama masak sedap-2 hari-2. Waa. Its like wah akhirnya saya balik jugak ke rumah. And tak pernah kot seumur hidup tak online selama itu. Eleh, its not a big deal. Facebook je pun. K. plus ada satu week tu form 3 je tak balik. Itu ialah 2 hari yang paling heaven seumur hidupku sebab takde warden and takde rocall and takde semua benda yang ada hari-2 lah. Riadah pun fun then makan sukahati nak pukul berapa pun boleh ngeh ngeh best gila kannnn. Jangan jealous
5. Keluar
Jom keluar cuti ni. Ngeh ngeh macam boleh sangat kan aku ni kan budak kecik (ye ke) lagi. Rabu ni dah plan dah kan kawan kawan ku semua nak keluar kan kan . Cakap ye ! Cakaaaaaaapppp ! (memaksa) klah tak lawak k takpe. Harap mama bagi. Hiihii. Keluar-2 pun solat jangan lupa okay. Harapnya tak lah membazir sangat. Bawak bekal makanan dari rumah lah kalau nak jimat J apa salahnya, lagi bersih, berkhasiat and paling penting sekali tak MEMBAZIR.
6. Lawatan Rumah OKU kat Taman Cuepacs.
Best gila sebab ni ialah first experience pergi rumah OKU. Yang ada kat situ ialah kanak-2 yang umur diorg lingkungan 1-17 but diorg punya pemikiran macam bayi. Aku kena bersihkan permainan diorg. Best gila sambil-2 main lah jugak sekali ngeh ngeh sebab tu kan macam permainan kanan-2 then aku yang perasan diri ni masih kanak-2 pun nak lah jugak merasa benda yang dah lama ditinggalkan tu kan . Mimie kata macam aku pulak yang patut dirawat. Ha lol no thanks tapi permainan tu sangat awesome dan ada 4 patung zirafah.
Muka nak interframe
7. Novel yang best
Mama bawak novel banyak gila datang hostel. Tak terbaca kot sebab banyak sangat. Yang layan Ombak Rindu 3 series and Bicara Hati. Pergh best gila sanggup tidur lambat kot melayan novel. Takpe lah PMR pun dah habis apa salah lah kalau nak melayan kehendak HATI ni sikit kannn. Tak gitu? Haha lol. Kemana pun mesti bawak nya novel tu. The best one only kay. Ghaha k takda pe pun yang menarik sangat Fasal yang ni tapi novel tu yang menarik. Nak cerita kan nanti aku buat lagi satu post.
8. Aktiviti lepas PMR.
Hm. Harapan hati lepas PMR mesti lah best gila sebab apa-2 je niat untuk berseronok yang terlintas dalam hati ni akan dibalas jawapannya dengan ‘lepas PMR’ but lepas PMR, takda benda pun. Bosan gila and tak pernah sebosan ini seumur hidup. Its like, lepas ni nak buat apa ha? Lepas tu? Ha lagi lepas tu nak buat apa? And bila dah boring start lah nak fikir benda yang bukan-2. Lepas tu akak-2 dorm pulak sibuk je nak kata subjects form 4 itu sangat susah. Ye saya tahu dah. Sedia maklum dah kay. So toksah nak dok repeat berulang kali and lepas ni saya kena tengok Tutor TV SPM pulak lah nak kena tambah knowledge pasal form 4 and hafal periodic table of elements. (cakapbenda yang lari dari tajuk k diam) And harap je TV LCD kat asrama tu tapi gambar rosak jugak and itu BUKAN MASALAH SAYA. (jawapan paling munasabah ye,shit)
9. PMR dah habis
Ye, bila aku survey semua blog bebudaks sebaya aku. Semua dah update pasal habis PMR tapi aku tak sebab aku baru je balik ni kay. Serious ah rasa ketinggalan zaman gila but apa pun aku still nak cerita jugak kisah apa aku. K pada hari isnin iaitu paper last pada hari tersebut ialah subject Kemahiran Hidup and Mathematics, aku takda lah segembira seperti apa yang aku pernah expect tahu tak. And pada malam sebelumnya, aku telah kata kepada bilik prep that is the last time yang aku akan menjejakkan kaki aku ke sana dan memang benda tu berlaku pun. (merepek apa ni setan?) Pastu seniors kata kitorg nilah batch yang paling tak excited bila habis PMR sebab balik je dari PMR pergi surau dulu solat Asar then baik dorm tido. Ye lah penat kan . Lepas tu pada malamnya pun takde buat apa yang penting semuanya sangat bosan.
10. MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor
Ho yeah. Saya telah mengapply kan diri ke sekolah itu. MRSM tak lah harap sangat. Cuma nak SBP je. Then daftar exam pun kat situ jugak. 2 haribulan 12 lah kot tak silap. Pergh lupa pulak. -,- Hm, takpa lah. Then disebabkan nak daftar sekolah, hari apa tah tak ingat parents aku dating buat kezutan kat asrama, diorg datang just nak mintak angka giliran je kot, ingatkan nak bawak aku balik rumah ke apa. Hm takpa lah but terima kasih yaa datang ngeh-2. Oh ye hari itu ialah hari ahad.
*Lagi Sepuluh Fasal bersambung k :)
No comments:
Post a Comment