thanks kepada Nurul Asmida kerana meng-tag saya di post itu
mari memulakannya .

1)Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN"
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda(kalau nak letak kat sidebar pon takpe)..linkkan ke entry ni~
Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit
Status ? apakah soalan pertama sudah sebegini rupa haiyo . Oh ye saya sudah berpunya . Boleh baca past post saya yahh yahh .
-Ceritakan tentang diri anda (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Diri saya ? Nama saya Nurul Shazatul Syahmi boleh panggil Shaza . Saya 14 sekolah lagi . CIta cita saya belum fikir lagi buat masa ni saya belajar dulu agak dah boleh berfikir nanti saya tahu lah cita citanya apa . Belajar kat SMKSBS . Saya orang KL . Lahir kat Muar , Johor sebab kampung saya kat situ . Both parents saya orang Johor so kalau nak balik kampung selalunya tiada masalah kecuali nak menentukan nak balik kampung siapa dulu itu masalah . Saya kat sekolah biasa je tak kisah pun asalkan saya boleh belajar and bla bla bla tamat . Tahun depan saya PMR , tamat .
-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
Blog saya , saya suka tulis pasal apa yang saya suka as this is my blog not yours . Saya suka post benda merapu bila saya bosan dan tiada apa yang hendak dilakukan , tamat .
-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Blog ada dunia ? menggegar dunia . okay dunia blog ? suka hati anda lah saya ada juga membaca beberapa blog manusia yang lain didalamnya ada terkandung pasal diri sendiri , menjual barang , ada jugak yang pervert so gunakan lah blog dengan sabaiknya dan manfaatkan untuk kebaikan , tamat .
-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Baru nak buat blog ? kalau kecik lagi takpayah lah buat blog rasanya yang macam contohnya kanak kanak sekolah rendah yang belum UPSR lagi tu tak payahlah baik pergi buat homowork , dan kepada yang baru nak berjinak jinak sila lah tapi takpayah la tulis benda nak mengutuk orang dan lagi satu semua orang dalam dunia ni benci copycat even diri dia sendiri pun copycat yang tak sedar diri dia copycat , ye itulah dunia sebenarnya , tamat .
-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Blog saya tak unik pun saya suka tulis pasal diri saya kalau rasa nak baca baca lah taknak sudah , tamat . Design blog saya pun bukan saya yang buat nak tahu siapa sila baca post saya yang dahulu kala ,tamat .
-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai saya rasa busy yang teramat dan tade masa langsung untuk memblog mungkin masa itu akan tiba bila saya dah dewasa jeng jeng jenggg . Impian dalam dunia blog takde sebab impian dalam dunia sebenar belum tercapai lagi . Dunia blog mana wujud lah haiyo tamat
4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)
5)Linkkan entry anda ke ruangan komen...maseh
6)Tarikh tutup sampai 3 Januari 2011~
love , Shaza ♥
No comments:
Post a Comment